Kehidupan awal dan kerjaya Yusuf Taiyoob

Yusuf Taiyoob dilahirkan pada 23 Disember 1958 di Tanjung Bungah, Pulau Pinang dan merupakan anak sulung daripada empat beradik. Beliau pernah melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di India, namun memutuskan untuk berhenti untuk menguruskan perniagaan sendiri. Pada tahun 1977, Yusuf yang ketika itu berusia 19 tahun pernah menjual minyak wangi di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas melalui jenama Perfume of Penang. Dua tahun kemudian, beliau menceburi perniagaan kosmetik dengan menubuhkan Yusuf Cosmetic yang sempat beroperasi selama dua tahun sebelum ditutup pada 1981.[2]

Beliau menubuhkan syarikat eponim yang menggunakan namanya sebagai nama syarikat pada 1988[3] dan membekalkan 30 jenis kurma dan 100 produk makanan di Malaysia, Singapura dan Indonesia. Kebanyakan produknya diimport dari Asia Barat, Eropah dan Amerika Syarikat.